Pengikut

Isnin, 15 Ogos 2011

5 alasan mengapa kerap bertemu lelaki yang salah.

PASTI ADA DI ANTARA KAMU YANG TERTANYA-TANYA
MENGAPA SERING KALI DIPERTEMUKAN DENGAN LELAKI 
YANG SLAH?MALAH LEBIH MENYAKITKAN HATI LAGI YANG DATANG SEMUANYA LAYAK DIGELAR BUAYA DAN LELAKI MATA KERANJANG.SEDANGKAN 
KAMU BENAR-BENAR TULUS UNTUK MEMBERIKAN CINTA SERTA MENGHARAPKAN HUBUNGAN TERJALIN HINGGA KETAHAP YANG LEBIH SERIUS.JANGAN HANYA MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN SEBALIKNYA CUBALAH KAJI KEKURANGAN DIRI SENDIRI.MUNGKIN INI MAMPU MENGUBAH KEADAAN.
BERIKUT 5 PERKARA YANG HARUS KAMU PERBETULKAN...J0M SEMAK!!!
                                                                                                                                                                          





1.TERLALU TERDESAK.
 hidup kamu tidak pernah berhenti dari memikirkan soal cinta.
 tambahan lagi apabila kamu melihat teman-teman lain begitu
 bahagia bersama pasangan masing-masing.terdetiklah rasa
 cemburu akhirnya kamu dengan mudah membuka ruang dan
 peluang kepada sesiapa sahaja yang hadir.tambahan lagi
 apabila ada yang panggil kamu dengan panggilan sayang.
 hati kamu mulalah berbunga-bunga.tanpa berfikir panjang
 kamu terus menerimanyasebagai kekasih.hati-hati ya!!!
 kata-kata memang mudah diucapkan tetapi bila terlalu mudah 
 berkata-kata ia boleh jadi tidak akan ternilai lagi.













2.TERLALU SUNYI.
 kamu terlalu sunyi hinggakan hampir seharian masa kamu dihabiskan
 seorang diri.bukan itu sahaja kamu juga kurang berkawan dengan orang
 dan habiskan masa bersama keluarga.situasi sebeginilah yang membuatkan'
 kamu mudah didekati oleh lelaki-lalaki yang tidak bertanggungjawab.lelaki
 yang sebeginilah memang gemar menghimpit gadis-gadis yang suka bersendiri 
 ini kerana lebih mudah untuk dirayu.tiada gunanya kamu terus menyendiri.
 hidup ini luas dan penuh dengan keseronokan maka kecapilah ianya dengan
 sepenuhnya.










3.BUAT-BUAT JUAL MAHAL.
 kamu sering mengatakan yang kamu punya perinsip dan tidak akan
 sesekali membenarkan sesiapapun menyakiti hati kamu.namun itu
 hanya di mulut sahaja tapi hakikatnya tidak.kamu mengatakan 
 sedemikian kerana keegoanmu.kamu mahu orang lain melihat
 kamu bagus.oleh kerana itulah bila lelaki cuba menghampiri kamu,
 pada dasrnya kamu nampak jual mahal tetapi sebenarnya tidak.malah
 kamu buka seluas-luasnya peluang pada lelaki yang datang unutuk mendekati 
 kamu .jangan sangka lelaki tidak tahu kerana lelaki memang sudah arif 
 menilai mana perempuan yang benar-benar jual mahal atau yang buat-buat
 jual mahal.










4.GAYA SEPERTI MENGGODA.
 ada kalanya kamu tidak sedar gaya serta jelingan kamu yang membuatkan
 lelaki-lelaki buaya terpanggil untuk mendekati kamu.seperti yang kamu
 sedia maklum,lelaki-lelaki buaya memang tidak akan melepaskan peluang 
 apabila peluang ada di depan mata.nampak sahaja ada sedikit respons pasti
 digunakan sebaiknya.oleh itu,jagalah penampilan kamu serta mata apabila
 memandang seseorang.mungkin niat kamu bukan untuk mengoda tetapi
 niat itu tidak boleh dibaca oelh lelaki yang digelar buaya.bagi mereka
 peluang yang datang bergolek tidak akan sesekali disia-siakan.













5.TERLALU INGIN MENUNJUK.
 kamu terlalu bercita-cita tinggi dan mengimpikan kekasih yang hebat
 supaya orang lain memuji serta kagum dengan keupayaankamu memiliki
 kekasih yang sempurna.faktor inilah yang ada kalanya boleh merosakan
 masa depan kamu.asal datang sahaja lelaki kaya,kamu akan terus
 menerima tanpa menyiasat terlebih dahulu statusnya.tidak salah 
 mengimpikan kesenangan namun jangan terlalu mengharapkan
 kesenangan sendiri supaya ianya berkekalan dan orang akan terus kagum
 dengan kamu kerana usaha yang datang dari kamu sendiri.

















okeylah sampai sini dulu ceritanya...kalau ade masa lagi mia buat entry yang baru..
okey jaga diri kamu semua n selamat hari raya maaf zahir dan batin..
LOVE U ALL SO MUCH...


6 ulasan:

my song