Pengikut

Isnin, 25 April 2011

cinta adalah anugerah yg tdak ternilai..


Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah.. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itulah yang sukar diperolehi

Kita kadang selalu saja asyik dengan melayani perasaan saban hari.. Seolah itu saja yang di minda tanpa memikirkan hal lebih penting dari soal hati.. Lemah kita dalam menghadapi hari mendatang dan berkejaran mencari cinta yang seolah difikirkan sudah hilang..

Kita selalu terlupa bahawa cinta sesama manusia kadang boleh merosakkan jiwa kita.. Membuatkan kita tiada semangat akan diri sepatutnya kita kuat dan tabah meniti perjalanan hidup ini.. Mana perginya satu azam yang kuat dulu.. Mana perginya anak keluarga ini yang dulunya berjanji mahu berjaya dalam hidup..

Kehidupan kita kini bukan semata mata untuk bercinta berkasih sayang dengan orang yang kita suka dan mahu.. Kadang kita harus tabah menerima suratan, orang yang kita dambakan bukan menjadi milik kita.. Dan kita selalu saja merungut dan mengeluh mengenang nasib akan diri kerana apa mahu kita tidak kita perolehi..

Sedarkah kita, bukan semua yang kita mahu dan inginkan menjadi milik kita.. Kerana kita punyai usaha untuk memilih dan memilik.. Namun sejauh mana kita meratap rayu untuk menjadi milik kita dan jika bukan hak kita, sampai bila bila pun takkan dapat..

Dan jika telah ditakdirkan menjadi hak kita, sudah tentunya kita akan perolehi.. Apa yang kita paham tentang takdir dan ketentuanNya.. Siapalah kita untuk terus mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah ditentukanNya.. Kita cumalah hamba Allah yang mana wajib mempercayai dan menerima Rukun Iman..

Kadang kita selalu dengan khayalan diri kita dan masih mengharap cinta itu milik kita.. Sedangkan suratan telah nyata dan masih lagi kita tidak dapat menerima kenyataan itu.. Hakikatnya kita telah berpisah atau mungkin cinta itu sudah pudar.. Tapi kerana sombong akan diri atau tidak dapat menerima kenyataan, dan kita selalu saja menceriakan diri kita satu perbohongan yang nyata.. Menanti dan menunggu cinta yang tidak pasti..

Itulah kita, selalu tertewas dengan bisikkan halus menyedapkan hati kita.. Membuatkan kita terus di dalam asyik yang panjang..

Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata.. Cinta itu bukan milik kita lagi.. Cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta.. Sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati.. Tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita.. Sedangkan masa yang berlalu tidak akan menunggu kita.. Sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata, membazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak menerima hakikat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

my song